<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8622316?origin\x3dhttp://attiesya.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Friday, August 05, 2005

♥ Aduh Saleha

Last night, I was a bit tired. So, I didn't paid much attention to the diary episodes. As I was watching the daily recaps of AF, Mawi was practising his new song - Aduh Saleha. Suddenly I was thinking of something I never thought about before.

Why did M. Nasir gave the title Aduh Saleha? Is there any specific reason why M. Nasir chose that title? And then I remembered.

It may be a coincidence but it may be on purpose too. I'll insert the article here that was out in Berita Minggu.

Mawi Model Melayu Baru Terkini

Berita Minggu - 10 Julai 2005

MAWI (Asmawi Ani, pelajar Akademi Fantasia 3) disifatkan sebagai satu fenomena dunia hiburan terkini. Anak muda kelahiran Kulai, Johor ini mengumpul peminat dengan cara tersendiri. Yang jelas Mawi mempunyai aura istimewa. Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Saliha Hassan ketika bercakap dengan Penolong Pengarang Berita, Berita Minggu, AZRAN JAFFAR menyifatkan Mawi mencerminkan cita rasa dan nilai keperibadian masyarakat Melayu terkini, khususnya generasi muda pasca reformasi. Benarkah begitu?


Fenomena ‘tsumawi’


SAYA tertarik dengan fenomena yang disebut oleh Aznil, pengacara rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke 3 (AF3), sebagai ‘tsumawi’ yang melanda dunia hiburan dengan kemunculan dan penampilan Mawi – ‘world’! Mawi menjadi tumpuan ribuan peminat di Stadium Melawati Shah Alam yang membanjiri Dataran Putrajaya baru-baru ini sehingga ada di kalangan chatters, yang saya andaikan kebanyakannya Melayu, yang menyanjung beliau sebagai memiliki ‘aura rakyat’.

Saya membaca rencana mengenai Mawi yang ditulis wartawan hiburan. Mereka cuba mengupas kepopularan Mawi. Mereka tulis mengenai personaliti Mawi yang kelihatan spontan dan sederhana. Mereka cuba mengesan x-factor Mawi yang membingungkan guru-guru di AF3 dan juri profesional. Peminat seolah-olah menemui seorang hero dalam dunia hiburan. Soalnya apa ada dengan Mawi?

Jati diri Melayu


PANDANGAN saya begini, peristiwa reformasi pada akhir tahun 1990-an dulu mendedahkan sebahagian masyarakat Malaysia yang sebelumnya kurang memahami atau kurang memberi perhatian serius kepada makna demokrasi. Ini khususnya membabitkan isu penyertaan aktif dalam soal-soal negara dan kemasyarakatan, terutama yang menyentuh kebajikan bersama.

Di antaranya ialah soal betapa pentingnya kefahaman tentang tanggungjawab memberikan pendapat walau pun berbeza dari orang lain, menghormati perbezaan pendapat, menguruskan perbezaan ini tanpa merosakkan kestabilan dan hubungan baik, serta mementingkan konsep keadilan dan kesamarataan.

Kalau dulu, kita kerap mendengar orang berkata; "Nak buat apa bercakap, tak de siapa akan dengar", tetapi generasi sekarang lebih berani berkata; "aku cakap, itu pendapat aku, itu hak aku; orang dengar tak dengar, perkara kedua." Apa yang saya fikirkan ialah, generasi kini mengaplikasikan konsep yang besar-besar itu dalam kehidupan mereka sendiri mereka mempunyai sikap ya kin diri terhadap hak, kemampuan dan kebebasannya.

Golongan ini juga jelas prihatin kepada soal-soal penghayatan Islam dan sensitif kepada identiti kemelayuan. Mereka umumnya tidak rendah diri tentang diri mereka Melayu dan beragama Islam, iaitu suatu ciri yang tidak asing ditemui pada zaman kolonial mahu pun di awal pasca kolonial dulu. Generasi Melayu kini selesa dengan identiti ini sama ada dalam konteks masyarakat tempatan mahu pun masyarakat antarabangsa. Pada waktu yang sama, mereka juga terbuka kepada kepelbagaian di negara kita dan peka mengenai kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada dunia global. Mereka tahu konsep act local think global.

Dengan itu mereka mempunyai sifat jati diri yang jelas dan tahap keyakinan diri yang tinggi mengenai siapa mereka dan matlamat hidup mereka. Inilah di antara ciri positif generasi lingkungan umur 20-an dan 30-an. Mereka selesa sebagai warga Malaysia beretnik Melayu beragama Islam – dalam persekitaran moden, demokrasi dan global.

Dengan itu apabila Mawi muncul dalam AF3, masyarakat Melayu, khususnya generasi muda, seolah-olah dapat mengidentifikasi diri mereka dengannya. Mengapa? Bagi saya – imej yang ditonjolkan oleh Mawi secara spontan memperlihatkan ciri-ciri itu.


Siapa undi Mawi?


SAYA tidak ada data konkrit – tetapi pada hemat saya ramai dari kalangan Melayu, umur 20-an dan 30-an. Ada juga golongan tua yang sama mengundi, kemudian ada yang kata, ada tycoon yang menaja undi pelajar-pe lajar tertentu... Apa pun, Mawi sehingga ini kekal dengan undi terbanyak walau pun dia melakukan beberapa kesilapan ketika pertunjukan dan dikritik oleh para juri profesional.

Saya rasa ini yang menarik untuk dilihat implikasinya dari segi perkembangan sosial, yang bagi saya akan ada kaitan dengan politik, semasa. Fenomena Mawi ini majoritinya membabitkan generasi muda, yakni bagi saya generasi pelapis negara. Dengan itu pandang dunia mereka penting untuk kita perhatikan dan fahami. Bukan saja Mawi berani dan selesa just being himself tetapi penyokong-penyokongnya juga cukup selesa dengan penampilan beliau dan genre muzik beliau... nasyid dan etnik, Islam dan Melayu.

Memang ramai ahli seni dan pemuzik menghasilkan muzik bersifat etnik dan ketuhanan. Tetapi, ‘ketuhanan’ adalah universal. Nasyid bagi saya berbeza. Ia adalah genre tersendiri, ada kesyahduan, iaitu unsur spiritual yang berkaitan langsung dengan keIslaman. Ciri ini unsur penting dalam identiti ‘Melayu baru’ terkini. Kita harus ingat bahawa ‘Melayu baru’ telah mengalami beberapa kali pendefinisian semula dalam sejarah sosial dan politik kita. Mawi, bagi saya, adalah satu model Melayu baru terkini.


Ada aura rakyat


MACAM di rumah saya, ada empat generasi Melayu Baru. Pada awal 1970-an, saya rasa saya Melayu baru – menyahut cabaran mengubah sikap dan imej Melayu yang lemah dan merugikan dalam percaturan politik etnik di negara ini. Anak saya yang sulung, umur 29 tahun, membesar dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB), menganggap dia adalah Melayu baru - yakin diri dan mencari kemantapan ekonomi di bidang swasta.

Adiknya yang berumur 25 tahun, melalui peristiwa reformasi di akhir tahun 1990-an, menganggap dirinya model Melayu baru yang lebih mantap – yakin diri, mencari kejayaan sosio-ekonomi dengan berdikari, dan jati diri berasaskan Islam serta Melayu dan dia generasi Mawi. Dan saya rasa, adiknya yang baru pertama kali mengundi pada pilihan raya 2004 yang lalu mungkin akan selesa dengan konsep Islam Hadhari pula. Point saya ialah, ‘Melayu baru’ itu adalah a living concept, suatu konsep yang hidup.

Bagi saya, ia harus sentiasa diberi perhatian dan difahami perkembangannya oleh pemimpin negara dan masyarakat. Ini akan menjamin wawasan negara yang tepat dan strategi yang mantap yang dapat membabitkan serta dapat sokongan generasi pelapis ini. Jadi, saya melihat fenomena Mawi AF3 dalam konteks ini. Penonton dan peminat AF3 mengenali beliau sebagai seorang yang bersahsiah Islam dan Melayu, yakin dan selesa dengan dirinya, berorientasi "world!' Dan, mereka menyukai ini. Mawi bagi mereka bukan hanya setakat satu lagi artis baru. Tapi Mawi juga cerminan sebahagian diri mereka sendiri. Seorang daripada chatters, mengatakan, Mawi ada aura rakyat, aura masyarakat. Saya tertarik dengan komen ini yang saya rasa menepati apa yang maksudkan dengan implikasi gelombang Mawi tadi.


Model Melayu baru


APA yang berlaku berkaitan Mawi di dalam dunia hiburan ini sebenarnya adalah cerminan kepada apa yang berlaku dalam masyarakat yang lebih luas. Saya tidak berniat menyamatarafkan Mawi dengan PerdanMenteri (PM), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi – tetapi, populariti PM yang juga Presiden Umno dalam meraih kembali undi kepada Umno dalam pilihan raya 2004 ada kaitan besar dengan keperibadian serta ketokohan yang ditonjolkan oleh beliau – kekuatan Islam dan kemurnian budaya Melayu.

Yakin diri sebagai pemimpin Melayu dan pemimpin Islam (Hadhari) yang selesa duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan mana-mana pemimpin antarabangsa yang lain. Maksud saya, sokongan orang Melayu khususnya terhadap Mawi dalam dunia hiburan dan terhadap PM pada peringkat negara, kelihatan seperti berlandaskan nilai yang sama. PM mempersonifikasi model Melayu baru yang ada jati diri, confidence in his Islamic and Malaysian Malay identity, mampu berinteraksi pada peringkat global.

Tentunya bagi Mawi dan generasi seangkatan dengannya, masih jauh perjalanan yang harus dilalui dan masih banyak persediaan yang harus diusahakan, tetapi wawasan serta contoh teladannya sudah ada.

Saya rasa, kalaulah yang meminati Mawi itu bukan saja terhad kepada peminat Melayu, dari situ kita akan tahu bahawa ada kemajuan dari segi projek nasional membentuk Bangsa Malaysia – maksud saya, apabila orang Cina dan India meminati nasyid, orang Melayu meminati lagu Cina dan seterusnya, tanpa ada rasa kejanggalan etnik.

Pada masa ini kita dapati konsep ‘masyarakat majmuk’, kehidupan yang berasingan berdasarkan sempadan etnik, masih dominan dalam dunia seni dan hiburan. Sekarang cuba lihat – orang Melayu tidak tahu atau tidak berminat mengenai perkembangan hiburan, muzik di kalangan komuniti Cina, India dan lain-lain. Begitu juga sebaliknya, mereka juga tidak mengambil berat tentang Mawi atau program AF yang sekarang seolah-olah sinonim dengan Melayu saja.


Dari Felda ke ‘World’


SAYA mengikuti AF3 sebab boleh dikatakan semua orang di sekeliling saya kenal Mawi dan slogan ‘world’nya. Ini mengingatkan saya kepada satu kartun Lat mengenai perubahan identiti dan wawasan bangsa Melayu daripada zaman ber tengkolok hingga ke zaman korporat masa kini. Dari Felda ke ‘world. Ada persamaannya kan? Pertama, slogan itu dalam Bahasa Inggeris, jadi ia menyirat makna global dan antarabangsa.

Slogan ini mengarahkan kita kepada dunia yang lebih luas yang pe nuh dengan cabaran dan peluang. Bertentangan langsung dengan konsep katak di bawah tempurung. Jadi ia bukan mengajak kita setakat ‘pandang ke timur tetapi lebih luas lagi - dunia! Kedua, perkataan ‘world’ itu juga, seperti galakan Kudsia Kahar, pengkritik AF kepada Mawi yang lebih kurang berbunyi - Mawi bagus, itu world Mawi, teruskan dan good luck to you. Maksudnya, saya rasa ialah Mawi tidak perlu membina imej lain, apatah lagi kalau terikut-ikut dengan aliran dunia hiburan yang kerap ti dak beridentitikan Malaysia. Mawi hanya teruskan dengan penampilan ikhlasnya yang ada sekarang. Berketayap, pakai kain pelekat, pandai silat, qari, pandai berzanji, kental ajaran agamanya – tetapi boleh bawa lagu Beautiful Maria dan cukup selesa dengan kekuatan dirinya untuk berinteraksi dengan dunia luar. Bagi saya, sebagaimana Siti Nurhaliza, Mawi juga boleh menjadi role model yang baik untuk generasi muda Melayu yang umumnya memang asyik dengan dunia hiburan.

Akhir sekali, bagi saya, konsep ‘world’ ini bukan suatu inovasi baru dari Mawi. Ia memang sudah wujud dalam pandang dunia masyarakat Malaysia semenjak slogan ‘Malaysia Boleh’ dipopularkan oleh bekas PM kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengan itu, Mawi adalah produk daripada agenda sosial itu – Mawi adalah satu model yang mempersonifikasi psyche itu dan ia dihayati bersama oleh kumpulan peminatnya? Mungkin itu x-factor Mawi?


So, I was wondering is this song specially dedicated to Prof. Madya Saliha Hassan? I do not know the exact lyrics of the song, but what I do know is that Prof. Madya Saliha is a unique lady and I like her way of thinking. Seriously, she is different and unique. And very friendly too.

Am i really never good enough for you?
2:51 PM
0 commented

♥ Profile ;


    AtTiEsYa (:

    Just an ordinary lady pouring out her thoughts


♥ Words

    tagboard

♥ Past

  • August 2011
  • July 2011
  • April 2011
  • November 2010
  • October 2010
  • September 2010
  • July 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • September 2008
  • August 2008
  • July 2008
  • June 2008
  • May 2008
  • April 2008
  • March 2008
  • February 2008
  • January 2008
  • December 2007
  • November 2007
  • October 2007
  • September 2007
  • August 2007
  • July 2007
  • June 2007
  • May 2007
  • April 2007
  • March 2007
  • February 2007
  • January 2007
  • November 2006
  • October 2006
  • September 2006
  • August 2006
  • July 2006
  • June 2006
  • May 2006
  • April 2006
  • March 2006
  • February 2006
  • January 2006
  • December 2005
  • November 2005
  • October 2005
  • September 2005
  • August 2005
  • July 2005
  • June 2005
  • May 2005
  • April 2005
  • March 2005
  • February 2005
  • January 2005
  • December 2004
  • November 2004
  • October 2004