<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8622316?origin\x3dhttp://attiesya.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, April 25, 2005

♥ Happy 56th Birthday...

Pada hari ini dalam tahun 1949, lahirlah seorang bayi lelaki dalam sebuah keluarga di Kuala Terengganu yang menjadi anak kelapan dalam keluarga tersebut. Kelahiran bayi ini tidak disangka oleh keluarga ini kerana mereka telahpun ingat bahawa abangnya yang lahir sebelas tahun sebelumnya merupakan yang bongsu dan telah pun digelar Paksu oleh anak-anak buahnya. Maka di kalangan anak buahnya, dia digelar Pak (jika disebut ikut loghat Terengganu, jadinya Pok).

Dibesarkan bersama-sama dengan anak-anak buahnya yang sebaya dengannya, menjadi rakan sepermainan mereka sehinggakan panggilan Cek dan Ayah bertukar mengikut panggilan anak-anak buahnya kepada Cek dan Ayahnya menjadi Tok dan To'ki.

Sifat ingin tahu dan ingin mengubah nasib keluarga yang susah mendorong beliau untuk tekun belajar dan terus mengorak langkah demi mencapai cita-cita tersebut. Kerana ingin mengubah nasib diri dan keluarga terutama ketika melihat kesungguhan dan kepayahan ibu dan bapanya menyara keluarga yang besar, dia melipat gandakan usahanya. Dan ternyata berkat usaha serta bekal doa ibu dan bapanya, dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij sehingga kini yang mana sebelum ini dikhususkan untuk keluarga diraja sahaja. Akhirnya, berbekalkan keazaman dan doa keluarganya, dia berjaya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Kehidupan di MCKK merupakan perubahan yang besar kerana daripada hanya seorang budak kampung yang serba kekurangan, dia menjejakkan kaki ke sekolah yang berprestij dan suasana juga berubah. Namun itu tidak menjadi penghalang beliau untuk teruskan usaha. Di sini jugalah dia membina peribadi dan perwatakan serta melatih dirinya untuk menjadi pemimpin. Segala cita-cita yang tersimpan membara di dalam diri untuk mengubah nasib keluarganya menjadi pendorong semangat mencapai kejayaan yang cemerlang di sini. Antara kenangan yang masih segar di ingatan adalah ketika rakannya bertanya apakah yang ingin dia jadi apabila tamat sekolah nanti? Jawapannya adalah menjadi 'Snake charmer'.

Tamat pengajian di MCKK, dia mendapat tempat di Kolej Pertanian Serdang untuk meneruskan pengajian di dalam Diploma Pertanian. Dia telah berjaya untuk melangkau tahun pertamanya dan terus masuk ke tahun dua.

Selesai mendapatkan diplomanya, dia ditawarkan belajar di Lousiana State University untuk Bachelor of Science dengan full scholarship. Dan dia rasakan yang dia ingin terus menyambung pengajiannya ke peringkat Masters. Lalu dia meneruskan pengajiannya ke peringkat Masters.

Pulang ke tanahair, dia telah ditawarkan berkhidmat di sebuah badan kerajaan dalam bidang ternakan. Dia juga telah bertemu wanita idaman hatinya di tempat dia bekerja. Dan mereka telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1977.

Dia telah dikurniakan 3 orang cahayamata sehingga tahun 1984 dan membawa keluarganya ke tempat dia meneruskan PhDnya. Dia bertungkus lumus meneruskan pengajiannya untuk menjadi expert dan alhamdulillah, berkat usahanya, dia memperolehi PhDnya pada tahun 1987.

Dia terus berkhidmat di badan kerajaan tersebut dan menjadi salah seorang yang maihr dan pakar dalam bidang ternakan. Dia telah menjadi idola buat ramai anak buahnya yang melihat beliau mampu membawa perubahan kepada keluarganya. Ibunya meninggal dunia ketika dia menghabiskan PhDnya. Bapanya pula sempat melihat dia membawa ijazah tertinggi tersebut walaupun pada ketika itu, bapanya telah tua dan uzur.

Dalam menempuhi dunia kerjaya selepas PhDnya, dia telah dikurniakan seorang lagi cahayamata lelaki. Namun demikian, ujian yang menimpa dirinya amat besar. Anaknya yang ketiga meninggal dunia selepas pulang daripada solat Jumaat. Dugaan tersebut merupakan dugaan yang hebat buatnya kerana anaknya itu saling tidak tumpah sifatnya dengannya. Walaupun sedih, dia akur dengan kehendak dan ketetapan Ilahi. Dan Allah Maha Berkuasa kerana kebanyakan sifat pada arwah telah turun kepada anaknya yang bongsu. Sedikit sebanyak, kerinduan pada arwah terubat jua dengan gelagat si bongsu.

Kini setelah 56 tahun melihat dunia dan menempuhi segala onak dan durinya, usianya sekali lagi telah meningkat setahun lagi berbanding semalam. Segala impian yang diimpikannya selama ini telah pun menjadi kenyataan sebahagiannya. Dan dia telah secara rasminya bersara dari berkhidmat dalam badan kerajaan tersebut.

Selamat Hari Lahir Ayah. Moga terus murah rezeki, diberkati selalu dan bahagia di hari mendatang. Ayah tetap menjadi idola dan role model buat diri ini. Moga apa yang telah anakmu capai ini menjadi kebanggaan ayah seperti mana kami semua, anak-anakmu ini berbangga mempunyai seorang ayah yang disegani dan disayangi ini. Maaf kerana masih belum tertunai janji yang anakmu ini buat sewaktu petah berkata-kata di usia 3 tahun iaitu untuk menghadiahkan sebuah kereta Mercedes Benz buat ayah.

Selamat Hari Lahir Ayah.

Am i really never good enough for you?
8:40 AM
0 commented

♥ Profile ;


    AtTiEsYa (:

    Just an ordinary lady pouring out her thoughts


♥ Words

    tagboard

♥ Past

  • August 2011
  • July 2011
  • April 2011
  • November 2010
  • October 2010
  • September 2010
  • July 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • September 2008
  • August 2008
  • July 2008
  • June 2008
  • May 2008
  • April 2008
  • March 2008
  • February 2008
  • January 2008
  • December 2007
  • November 2007
  • October 2007
  • September 2007
  • August 2007
  • July 2007
  • June 2007
  • May 2007
  • April 2007
  • March 2007
  • February 2007
  • January 2007
  • November 2006
  • October 2006
  • September 2006
  • August 2006
  • July 2006
  • June 2006
  • May 2006
  • April 2006
  • March 2006
  • February 2006
  • January 2006
  • December 2005
  • November 2005
  • October 2005
  • September 2005
  • August 2005
  • July 2005
  • June 2005
  • May 2005
  • April 2005
  • March 2005
  • February 2005
  • January 2005
  • December 2004
  • November 2004
  • October 2004