Sunday, January 09, 2005
♥ Tenggelam Dalam Kesibukan Dunia
Hari ini tiba-tiba saja rasa ingin tulis entry dalam Bahasa Melayu. Bahasa ibunda. Sememangnya kalau mengikutkan hati, mula tahun baru saja, terus nak publish entry. Tapi apakan daya, tugasan harian tidak membenarkan walau sedikit pun masa 'dipinjam'untuk mengarang entry dalam blog.
Banyak perkara yang terjadi dalam tempoh masa hampir 10 hari dalam tahun baru. Yang manis, yang pahit, yang kelat - semuanya ada dan terpaksa ditelan walaupun terasa ingin diluahkannya semula. Itulah kehidupan. Bukan semuanya indah dan manis. Ada yang pahit dan kelat malah lebih pahit dari hempedu. Namun, apa yang terdaya dibuat melainkan menerimanya semata-mata. Walaupun pedih dan sedih serta pilu di hati, kita terpaksa menerimanya.
Sebenarnya dalam masa menulis ni, bermacam perkara yang bermain di fikiran. Dan banyak juga yang mengguris perasaan setelah dikenangkan kembali apa yang terjadi. Emosi memang memainkan peranan dalam cara penulisan seseorang. Walau macam mana sekalipun kia cuba untuk menyembunyikannya, kita tetap tidak terdaya. Cara pemilihan kata, susunan ayat sahaja dapat menggambarkan emosi diri. Walau di luaran nampak tenang dan bersahaja, di dalam hanya tuan empunya diri yang tahu. Sekali mulut bersuara, terserlah emosi sebenar. Yang itu memang sukar untuk dikawal. Cuma jika sekiranya telah biasa mengawal emosi, barulah dapat disembunyikan emosi sebenar. Namun begitu, orang tetap gagal untuk menyelindungi emosi. Betapa besar pengaruh emosi dalam membuat keputusan dalam kehidupan kita. Tapi adakah kita sedar itu semua?
* Entry hari ini tiada kaitan dengan sesiapa. Hanya luahan hati penulis sahaja.

Am i really never good enough for you?
6:17 PM
0 commented
6:17 PM
0 commented